Thursday, January 22, 2015

Pengalaman bersama Kayap

MAKLUMAT RINGKAS BERKENAAN KAYAP

It really is a painful experience to have this kayap, or dalam bahasa omputihnya dipanggil "shingles" or "herpes zoster". Saya tak pernah ambil tahu pasal kayap sebelum ini, and bila dah terkena atas batang hidung sendiri (literally atas batang hidung sendiri), baru saya tahu keperitannya. So for those yang sedang mengalaminya atau pernah mengalaminya, oh yes ... I feel you!

For fear of something unknown, obviously I did some reading. Basically most articles yang you guys jumpa bercakap benda yang sama. I am not going to repeat those scientific jargon, so I have summarised the facts for your easy reading:

1. "The bad guy" yang menyebabkan kayap ni, is the same guy yang menyebabkan chicken pox.
2. Bila kita dah terkena chicken pox dan bila kita dah sihat, please note that this "bad guy" does not disappear. Sebaliknya, ianya akan "tidur" or remains "inactive" dalam sel saraf kita. 
3. Faktor-faktor yang menyebabkan virus ini muncul kembali adalah stress, corak pemakanan yang tidak seimbang, keadaan cuaca yang melampau sejuk atau panas, dan apabila sistem imunisasi badan menjadi lemah.
4. Setelah virus ini kembali menjadi aktif, ada beberapa tempat yang menjadi kegemaran untuk virus ini memunculkan diri. Antaranya, bahagian pinggang, kaki, lengan, dan muka. 
5. Sekiranya terkena di bahagian muka (seperti saya yang malang ini), kena dapatkan pemantauan dan nasihat dari pakar mata sebab takut takut ianya menyerang mata yang membolehkan terjadinya kesan yang tidak diingini. 
6. Seboleh-bolehnya, dalam tempoh 72 jam (dalam 3 hari macam tu), dapatkan rawatan secepat mungkin. The key point is, the faster you get the treatment, the better. 
7. Ada 3 peringkat pertumbuhan kayap, seperti berikut : (a) kulit jadi kemerahan-merahan (b) Kemunculan gelembung-gelembung berair yang pedih dan gatal (c) Gelembung-gelembung tersebut akan pecah dan menjadi keruping kerak dan akan gugur sendiri.


MY EXPERIENCE

I got the symptoms on 05.01.2015 (seingat saya). Kayap yang saya dapat ni tumbuh di area hidung, spreading to my left eye and forehead sampai lah ke atas kepala -- semuanya terasa sakit bahagian kiri. Di bawah adalah simptom yang saya hadapi :

1. Permulannya, demam dan terasa lemah badan. 
2. Kemudian, belon belon kecil yang pedih dan gatal -- tumbuh di atas batang hidung ke muncung hidung.
3. Kayap tu tumbuh dari area hidung ke area kelopak mata ke area dahi kiri sampai ke atas kepala -- along the line ni rasa macam kena cucuk cucuk dengan jarum.
4. Mata kiri saya jadi berair, kemerahan-merahan, terasa macam ada benda tumbuh dan bergerak dekat kelopak mata and mata kiri saya jadi sensitif terhadap cahaya.
5. So, bayangkan muka jadi macam bengkak sebelah. Serious, terasa macam Two Face dalam citer Batman, cuma version kayap la. 

Pada mulanya, I thought it was just a normal eye infection ke, or jerawat yang terlebih pelik ke. However, when the pain became so unbearable, on 08.01.2015 saya gagahkan diri untuk berjumpa dengan doktor berdekatan dengan area rumah. So lepas tu doktor kata "This is shingles and it is common to people who live with HIV. Dont worry, I need you to see an eye specialist and get further examination there". So kena la menggagahkan diri jugak travel ke hospital and alhamdulillah, my case was examined by an eye specialist. Mata saya dititis dengan beberapa cecair untuk mengembangkan dan menguncupkan anak mata, stress pada anak mata juga disiasat, dan keseluruhan mata juga diperiksa dengan satu mesin khas. 

Finally, the doctor bagi satu ubat titis mata yang dinamakan "Zovirax Eye Ointment (Aciclovir)" untuk dititis pada mata kiri (5 kali sehari selama 2 minggu). At the same time, kena juga makan pill Aciclovir 800mg, 5 kali sehari selama 2 minggu. (Ini adalah ubat biasa doktor beri kalau terkena kayap). 

Alhamdulillah, selepas seminggu macam tu, kayap kayap degil tersebut sudah mula mengering dan menjadi parut. Dan hari ini 22.01.2015, doktor kata luka luka kayap tersebut telah mula sembuh, dan alhamdulillah mata kiri saya tak de apa apa yang pelik berlaku. Nasihat doktor, kayap ini boleh kembali lagi, so kena la jaga diri dan emosi betul-betul. 

MY ADVICE
1. DAPATKAN RAWATAN SECEPAT MUNGKIN. I remember the doctor cakap, kalau dah mula rasa tak best pada mana mana anggota badan, dah menjadi kemerahan-merahan and mula nak demam, terus jumpa doktor. Lagi awal uall dapatkan rawatan, lagi cepat uall boleh sembuh, In Sha Allah. Selamba je cakap dengan doktor "I think, I am beginning to get kayap la doktor", and habiskan ubat yang doktor bagi.  
2. JANGAN STRESS STRESS. I think this was my problem. Memang I was quite stress masa cuti semester. Assignment satu hal, nak catch up lagi subjek-subjek yang tak faham sebelum ni. So lepas ni, kalau dah rasa nak stress, cuba cari cara untuk handle stress tersebut. Menari-nari ke, menyanyi fefeeling artis dalam bilik ke, melukis ke dan seumpamanya. 
3. SABAR, TAKWA, IKHTIAR dan TAWAKKAL -- adalah resipi yang diajar oleh agama kalau kita sedang menghadapi masalah atau any penyakit pun. Always get back to Allah, jangan tinggal solat, and mintak banyak-banyak doa untuk diberikan penyembuhan dan kekuatan. 
4. RAWATAN ALTERNATIF - Gel Aloe Vera dikatakan dapat mengurangkan rasa panas dan gatal, dan kesan parut kayap. Saya bertanya sendiri dari veteran yang sudah terkena dan dari pengalaman saya sendiri, memang rasa macam betul. Rasa sejuk dan luka kayap jadi cepat mengecut selepas disapu gel aloe vera. Kalau boleh, beli yang asli 100% gel aloe vera dekat farmasi (yang takde tambah bahan kimia asing etc). In Sha Allah, tak salah bertawakal dengan benda benda semula jadi macam ni. 

That is all for now. Walaupun kayap ni bukan satu perkara yang serious sangat, but jangan diambil mudah, especially kalau terkena dekat muka dan mata.

Assalam, dan akan terus menulis,
Raphael. Z
email : newsoulandlife@gmail.com




Friday, August 8, 2014

UNDETECTABLE - Finally

I am going to start, by screaming "ALHAMDULILLAH! I AM OFFICIALLY UNDETECTABLE". Setelah setahun lebih memulakan hidup dengan regiment 10am dan 10pm (Efavirenz dan Zovilam) dan berkat tunjuk ajar serta bimbingan dari para senior, Alhamdulillah, akhirnya membuahkan hasil. 

Berikut adalah jadual perkembangan dari tempoh permulaan mengambil ubat tersebut sehingga mendapat bacaan terkini pada 06.08.2014 yang lepas:

ITEM
FIRST READING
19.06.2013
SECOND READING
17.12.2013
CURRENT READING
06.08.2014





CD 4
247
600
827




CD4 %
11%
28%
26%




VIRAL LOAD
299,362
106
Undetectable




WEIGHT
60kg
62kg
64kg





HOW DO YOU FEEL
Seriously. Terasa seperti dilahirkan semula. The moment when Dr. Suu dengan gembiranya menyampaikan berita "Tahniah, your virus is finally suppressed" - saya hanya tersenyum sampai ke telinga. Keesokan hari nya, saya pergi ke pejabat dan ditegur "Hey mate, U look glowing today. Apa cerita?" and I said "I got my life back" and she looked puzzled :-) Dan saya menempuh hari-hari biasa, seolah-olah virus tersebut dah tiada :-) 

SO WHATS THE TIPS
Honestly, I dont know how to answer this question. One thing I realize, sejak dari mula diagnosed sampailah sekarang, saya selalu makan EPAL HIJAU dan JUS BUAH DELIMA. Semua ni pon saya amalkan setelah membaca beberapa blog dan artikel-artikel yang para senior bagi - so I keep consuming these wonderful natural supplements. 

Dan supplement yang paling mujarab sebenarnya adalah this pill called "TAKE YOUR MEDICATION ON TIME AND NEVER SKIP". Ada la few occasions saya terlambat makan ubat tetapi saya tak pernah terlewat lebih dari 1 jam. Tidur pun kena cukup, tak boleh stress-stress and I always hang out with those whom I know dearly so my time is spent wisely. 

CONCLUSION
The reason saya berkongsi tentang keputusan bacaan darah ini adalah bukan sebab mahu menunjuk. The main reason is, I wanna keep track the progress dalam blog sendiri (since I am very bad at memorizing) and I want to show to the newbies that "If the seniors can do it, I have proven that I can do it - and you can do it too". The secrets are always KNOWLEDGE, BRAVERY AND ALSO PRAYER. Once you reach the stage of "Undetectable", U will have the courage and satisfaction to say "Thank God! Finally!" and dont forget to treat yourself with some good foods or go out shopping or plan a vacation! 

Akan terus menulis,
Raphael. Z
email : newsoulandlife@gmail.com

P/S : "Undetectable" bukannya bermaksud virus tersebut sudah tiada. It means, dalam kata mudahnya, virus tersebut telah "tidur" dan tidak berupaya untuk membiak. Syarat untuk terus menidurkan virus tersebut : adalah dengan sentiasa makan ubat yang diberikan, and never skip your medications. I am not a doctor to explain this but as a layman, tu la penjelasan secara ilustrasi mudah. 






Saturday, June 14, 2014

FIRST YEAR ANNIVERSARY : I Am On My Rainbow

Assalamualaikum.
12.06.2014 yang lepas adalah ulangtahun pertama saya hidup dengan HIV. Syukur kepada Allah kerana saya masih dipinjamkan nafas, masih diberikan kesempatan di petang Sabtu yang damai ini dan kudrat untuk menulis secebis kisah perjalanan sepanjang bergelar “special person” dalam tempoh setahun ini. 

Entry kali ini agak panjang, sebab nak lepaskan gian menulis, akibat sudah terlalu lama tidak muncul dengan “entry” baru lantaran sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga. Jadi, sempena ulangtahun yang pertama ini, eloklah kiranya saya mencatat kembali perjalanan hidup buat tatapan generasi akan datang dan “investment” di alam “transit” (chewaahh).

FLASHBACK
Saya pemegang “Degree” dalam bidang undang-undang. I passed all exams with flying colours. I have a great job at a very well-known law firm in Malaysia and I have great friends too. Nonetheless, with all these good things I have, saya terjebak dalam kehidupan yang dilarang. Bernafsu songsang. Hidup seperti tidak bertuhan. I was too arrogant, bongkak dengan rupa dan penampilan, sombong dan selalu lupa diri dengan keseronokan yang tak berpenghujung. All I wanted was sex. All I wanted was acknowledgement. I was carried away by my mistakes, and drifted too far.

Until one day, Allah nak tunjukkan sesuatu. Tahun lepas, saya kerap jatuh sakit. Sakit kepala yang sangat teruk. Ruam-ruam menyerang badan dan selalu kepenatan. Pada waktu tersebut, I thought it was normal (seriously, I thought it was normal). Kononnya, lepas minum air kelapa, air rebusan bali Cina, ambik Panadol, kesemua benda ni akan hilang ----but they never disappeared. Kebetulan pula, saya dah dapat tawaran belajar ke United Kingdom, dan pemberi biasiswa nak saya buat medical check up. Long story short, bila dah kena buat full medical check up tu, you know the drill, that was when I knew my status, AT THIS VERY DAY, 12.06.2013.

TURNING POINT
Hanya Allah sahaja yang tahu, perasaan setelah diberitahu oleh doktor. I remember masa tu, saya pandang ke syiling klinik macam ayam sesat masuk bandar, pandang dinding kiri dan kanan, and all of a sudden, I felt like blood was rushing out from my body. I felt cold. Terus tangan dan tengkok berpeluh. Apa yang saya ingat masa itu, hanyalah “I am going to die”. So I came back home. Saya terus “google” kesemua info pasal HIV dan the first blog that I found was from Abang Pie. I read a lot from there. Scroll satu satu information dalam blog Abang Pie. Dalam tempoh 2 minggu pertama, that was my lowest point of my life. I started to lose appetite, berat badan jatuh mendadak akibat terlampau risau, tidur malam pulak sejam dua sahaja, berpeloh bantal dan katil macam tidur dalam rumah banjir. Saya tutup facebook. Kalau boleh, I just want to disappear, pergi je kemana-mana, unknown and completely gone. Seriously.  

Thereafter, saya kenal Abang Luka, Abang Najmi, Armly, Nasz, Along, great people from Pink Triangle Foundation, Zuan, Sha Marz, Kak Ruzitah Gee, "Ibnu Sina", Roshan, Dave, doktor-doktor and akak akak nurse yang sangat awesome, ikan-ikan peliharaan saya and so many people saya tak terlarat nak mention dalam ni. Saya belajar banyak sangat dari mereka dan selalu ditenangkan bahawa semua ini akan berakhir. I started to educate myself, I started to regain my strength and arrange my priorities. Saya tinggalkan kehidupan lampau. Saya bina semula keyakinan diri yang dah pecah berkecai seperti belon yang meletop. Saya berdisiplin dengan ubat dan follow up dengan doktor. And in the end, saya sedar bahawa ALL THIS WILL EVENTUALLY END. 

Dalam tempoh setahun ini, saya belajar banyak sangat benda. Banyak jugak bercakap depan cermin kepada diri sendiri. Saya selalu berkata kepada diri saya : 
1. I want my life back and I am going to create a better version of me! 
2. My journey has not ended yet. I must wake up!
3. I have Allah. I have many supportive friends. I have a family yang masih bergantung pada saya. I wont disappoint them. 
4. My life has a purpose, and I am going to find that purpose and fulfill it!
5. I have many dreams and I am going to achieve them!! I wont let them buried in the deepest pit of hell. 

Hah! Amik ko! Aku tulis besar besar so that these jampi serapah juga akan tertanam dalam minda anda.

CONCLUSION
To seniors, thanks very much for your time in teaching me, for sharing your experience and tips. Honestly, kalian sentiasa dalam doa saya. We are in this together and we are going to finish this journey strong!! *Chicken dance 

To those who are newly diagnosed, trust me, the darkest chapter will actually end. Trust the power of "Doa". Cari lah balik diri anda yang hilang. "Berkabung" lah atas kesedihan ini, but dont do it for too long dear, because we need you, the world needs you to rise up from the ashes like a phoenix. (Gittuewww).  

Suatu masa dahulu, saya rasa kehidupan saya sangat gelap. Ibarat ditimbus dalam terowong hidup-hidup. Gelap. I can't see anything. Tetapi berbekalkan cahaya dari ilmu dan pertolongan dari Allah, saya yakin anda semua pun akan ketemu jalan keluar. I took almost 1 year to repair the damage, and alhamdulillah, I found the end of the tunnel, I climbed up the ladder and now I AM ON MY RAINBOW! AND U WILL TOO!!

"When I look back on my life, I see pains and mistakes. Now, when I look in the mirror, I see strength, lessons learned and pride in myself"


Akan terus menulis,
Raphael. Z
email : newsoulandlife@gmail.com

Saturday, December 7, 2013

Love Your Enemy. "HIV Is Nothing"

"In the moment when I truly understand my enemy, understand him well enough to defeat him, then in that very moment I also love him" by Orson Scott Card, Author of Ender's Game Novel

Prior to my diagnosis, I did not give much attention to issues like homeless people, drug addicts, and people living with HIV. I was aware with these issues but could not care less to, at least, be bothered. In fact, in many occasions, I have been invited to join the programs but I just let them passed by ears. 


Last month, I was invited to join the "Gema Jalanan, Street Musical" program (organized by Persatuan Amal Firdausi, PAFI). It was held on 9th November 2013, at Masjid Jamek Mosque -full with religious and spiritual performances, and discussions on issues of homeless people, drug addicts, and people living with HIV. Before I came to the program, I was being skeptical. I did not know how far I could contribute, in fact I was a bit clueless. So, I have been given the job to take photographs, and I spent the entire day pondering and reflecting myself! -through the photos and God-given eyes.

I witnessed myself -these people, they came from variety of ages, religions, colors, and characters. They waited for free foods, with warm smiles. Their clothes and faces - I can feel that they don't want to be there, but they have to. How difficult life must be for them, struggling everyday for basic things in life (foods, care and love), and I think, we are too, right? Now, the way I look at the world has changed. Homeless people, and drug addicts are my, and your people too -who share and breathe the same air with me and I must give something back. This program has opened my eyes, and broadened my mind. Because of this little creature in my blood -I became sensitive to these issues, it draws me closer to what I have ignored before -and that's when I started to begin loving this little "gift" slowly. Have I not been tested with this, I would still ignore them, walk with my chin up and would not try to be close to them. (Thanks to Ender's Game famous quote I wrote up there -hope you can see how it relates)

Being a newbie in this area, I believe, my journey is at early stage. I have not experienced the real situation of being stigmatized, badly judged, but to be fair, God has arranged my journey (and yours too I reckon) so beautifully that I could share and feel the pain from others and most importantly, learn from them. I believe, in few years to come, I will learn many positive things and will eventually accept the "HIV is actually nothing" premise. 

With love,
Raphael. Z
Email : newsoulandlife@gmail.com


"Ketika aku betul-betul faham tentang musuh aku, faham dengan sebenarnya untuk mengalahkannya, pada ketika itu, aku turut menyayangi dan menghargainya" oleh Orson Scott Card, Penulis Novel "Ender's Game"

Sebelum diagnosis, saya tidak pernah ambil berat dengan isu-isu gelandangan, penagih dadah, dan mereka yang hidup dengan HIV. Saya sedar sebenarnya dengan isu-isu ini, tapi tidak pernah nak ambil berat. Banyak kali juga saya dijemput untuk menyertai program-program yang berkaitan, tetapi saya buat pekak sahaja. Bulan lepas, saya dijemput untuk menyertai program "Gema Jalanan, Street Musical" (yang dianjurkan oleh Persatuan Amal Firdausi, PAFI). Ianya berlangsung pada 9 November 2013 di Masjid Jamek, satu majlis yang penuh dengan persembahan dan aktiviti keagamaan, perbincangan tentang isu-isu gelandangan, penagih dadah dan mereka yang hidup dengan HIV.

Sebelum saya datang ke program tersebut, saya berasa was-was. Saya tidak tahu apa yang saya boleh sumbangkan, malah saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Jadi, saya diberikan tugas untuk mengambil gambar -sepanjang hari, saya melihat dalam-dalam, dan bermuhasabah -melalui gambar-gambar yang saya ambil, dan dengan mata pemberian Allah.

Saya melihat dengan sendiri -mereka datang dari pelbagai umur, agama, warna kulit dan karakter. Mereka menunggu makanan percuma dengan senyuman yang saya tak boleh lupakan. Pakaian mereka, wajah-wajah mereka -saya boleh tahu yang mereka tidak mahu berada di situ, tetapi mereka perlu juga berada di situ. Betapa susahnya kehidupan mereka, bertarung setiap hari untuk perkara-perkara asas dalam kehidupan (makanan, jagaan dan kasih sayang), dan saya rasa, kita sendiri pun bertarung untuk perkara itu kan? Sekarang, cara saya melihat dunia telah berubah. Golongan gelandangan dan penagih dadah adalah sama dengan saya -berkongsi dan bernafas dengan udara yang sama, dan saya perlu memberikan sesuatu kembali. Program ini telah membuka mata saya, dan meluaskan cara saya berfikir. Kerana makhluk kecil di dalam darah ini -saya menjadi sensitif dengan isu-isu ini, ia membawa saya lebih rapat kepada perkara-perkara yang telah saya abaikan sebelum ini -dan ketika inilah saya telah mula untuk menyayangi "hadiah kecil" ini. Kalaulah saya tidak diuji, saya masih akan mengabaikan isu-isu mereka, berjalan dengan bongkak, dan tidak cuba untuk memahami mereka. 

Saya masih baru dalam arena ini, saya percaya, perjalanan saya masih terlalu muda. Saya tidak pernah lagi berhadapan dengan situasi teruk, tetapi, Allah telah mengatur perjalan hidup saya (dan kamu semua juga) dengan sangat cantik dan indah, untuk saya berkongsi dan merasai kesakitan dari manusia lain, dan yang pentingnya, belajar dari mereka. Saya percaya, beberapa tahun lagi, saya akan belajar banyak lagi perkara positif, dan akhirnya, boleh menerima premis "HIV tidak ada apa-apa sebenarnya"

Akan terus menulis,
Raphael. Z
Email : newsoulandlife@gmail.com






Saturday, October 26, 2013

I am holier than thou, and thou shalt go to hell.

Many times I found people who mock those who have been unfortunate, they think they stand above others with their "I am holier than thou" attitude. "Serve him right-lah" "He got "it" as a punishment" "God is angry, and that's why he got "it" "A gay boy wanna get married? Bullshit" -and several other examples. They might not say it bluntly, but you can feel it from the way they talk or write (right?). Shockingly, there are those who are among us (in the community) made this very impression. 

You can still lead your same old life (as you wish), or you can change for the betterment (change for the good is always good), but the bottom line is, you should never insult those who have been tested with calamities, and disease. You will never know when your "time" will come. And I believe, no matter what religion you are professing, the teaching is the same -you shall not curse and mock others. 

Having said that, I must admit that we are not living in heaven. I admit that we can't run from encountering these errant people in the society. We must, and will, face any of them in one of these days, and it is our duty to educate them. Let's not be like them, instead, let's spark a change by educating ourselves not to be judgmental and conveying good messages and supports. If I may quote, "The only time you should ever look down on someone, is when you are helping them up". If we could live by this theme, sooner or later, we could create a better world to live in. 

Be more supportive, tell good wishes, send out positive vibes to those who are in need and never judge regardless of their status :-) We can make a difference. 

With love, 
Raphael Zain
Email: newsoulandlife@gmail.com


Sudah banyak kali saya terjumpa mereka yang suka memperolokkan mereka yang kurang bernasib baik, mereka fikir mereka lebih baik dari yang lain, dengan perangai "aku lebih baik dan suci". "Padan muka. Dia dapat penyakit tu pun sebagai balasan. Tuhan marah, sebab tu dia dapat penyakit tuh""Lelaki songsang nak berkahwin? Merepek!" -dan beberapa contoh yang lain. Mereka mungkin tidak bercakap secara "direct" tapi kita boleh tahu dari cara mereka bercakap atau menulis, kan? Lebih memeranjatkan, ada juga di antara kita (di dalam komuniti ini) yang bersikap sedemikian. 

Anda masih boleh meneruskan hidup yang lama (terpulanglah), atau berubahlah ke arah kebaikan (itu lebih baik), tetapi kita tidak perlulah hendak menghina mereka yang telah diuji dengan musibah dan penyakit. Kita tak tahu bila pula "masa" kita. Dan saya percaya, tak kira lah agama apa pun yang anda anuti, ajaran nya tetap sama -kita tidak boleh mengutuk atau memperolokkan orang lain.  

Walaubagaimanapun, saya akui yang kita bukannya hidup dalam syurga, semuanya sempurna. Saya akui yang kita tidak boleh lari dari berjumpa dengan manusia seperti ini. Kita perlu, dan akan berjumpa juga dengan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk mendidik mereka. Janganlah kita menjadi seperti mereka, sebaliknya marilah kita mencetuskan satu perubahan dengan mendidik diri kita dahulu, dengan tidak menjadi manusia yang menghukum dan cuba untuk menyampaikan meseg-meseg dan sokongan yang baik. Dari satu pepatah, "Masa yang boleh untuk kita memandang "rendah" pada orang lain, adalah ketika kita hendak menolong mereka yang berada di bawah". Jikalau kita boleh cuba untuk hidup dengan pepatah ini, kita boleh mencipta satu kehidupan yang lebih baik. 

Marilah menyokong antara satu sama lain, sampaikan perkara-perkara yang baik, bantu mereka yang memerlukan tanpa mengambil kira status mereka. Kita mampu membuat satu perubahan. 

Raphael Zain
Email: newsoulandlife@gmail.com



Sunday, October 20, 2013

The End and The Beginning

I write with “Raphael Zain” as nickname. I am 26 years old, a son, a brother, and a friend. 12/06/2013 was the day when I was tested positive. Little did I know that I will be infected with this "creature", but now, it is living with me for the rest of my life (or until the cure is found with God's will).

There is no need to tell the world as to how I got this "gift" cause it will only trigger seeds of judgmental mind -unconsciously to some people (and I agree with a renowned activist in this field -Abah Pie for this notion). Drug addicts, men who have sex with multiple partners, victims of an unfortunate incident of blood transfusion, religious leaders, professionals -all are possible victims and lets just say that I belong to one of the groups. 

The End 
Prior to the diagnosis, I experienced “weird illnesses” where my fever was always coming back. I had massive headache and rashes all over my body (which occurred twice) and which I thought it was just measles. I resorted to alternatives medicines but the conditions remained the same. A week after I suffered from rashes, a friend of mine (who is a doctor), told me that something wrong was going on with me and asked my permission to do a blood test. I allowed him to draw my blood and I waited for another week for the result. Short story shorter -the truth hit me like a train hit a deer and a mountain fell on top of me. I thought it was the end of my life, it is not -but it really is the end of previous chapters. 

The Beginning
We act differently when we receive this kind of news, but I believe our common feeling is “regret”.  There will be so many “I should have been... and I should have not done...” moments and they keep on pressing ourselves until we cannot see that light at the end of the tunnel. Some turn to devote his or her life to spiritual journey -asking for God’s forgiveness and mercy. Some concentrate on reading -searching for possible cure and steps to overcome this unimaginable feeling. Some gather strengths from “new family”, and closed friends. And there are some who ignore and refuse to accept their new life.

Yes, we act differently. Whatever your approach is, I hope we can come to terms with this new life sooner or later -by educating ourselves, reaching out and inspiring others, and telling our heart that all is and will be well (with God's will).

You are precious, you are loved and will be loved -and you are not alone. 

With love,
Raphael. Z
Email : newsoulandlife@gmail.com


Saya menulis dengan nama "Raphael Zain" sebagai nama pena. Saya berumur 26 tahun, seorang abang dan seorang sahabat. Tanggal 12/06/2013 adalah tarikh saya disahkan positif untuk HIV. Saya tak pernah menjangkakan yang ini akan terjadi, tetapi sekarang ianya sudah berlaku dan perlu hidup dengannya sampai akhir nyawa (atau bila penawarnya ditemui dengan izin Allah)

Tak perlulah saya ceritakan bagaimana saya mendapat "hadiah" ini, kerana ianya hanya akan mencetuskan benih-benih akal yang bersifat "judgemental" secara tidak sedar untuk sesetengah orang (dan saya bersetuju dengan seorang aktivis yang terkenal -Abah Pie atas pernyataan ini). Penagih dadah, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan, mangsa pemindahan darah, pemimpim agama, ahli profesional -kesemuanya boleh dijangkiti, dan saya adalah salah seorang dari kumpulan ini. 

Pengakhiran
Sebelum ini, saya sering mengalami kesakitan yang pelik dimana demam sering berlaku dan tidak kebah. Saya juga sering mengalami sakit kepala yang teruk, dan ruam di seluruh badan yang saya ingatkan hanyalah demam campak. Saya mencuba rawatan-rawatan alternatif tetapi keadaan masih sama. Seminggu selepas itu, rakan saya (seorang doktor) meminta kebenaran untuk menjalankan ujian darah dan saya memberi keizinan. Dipendekkan cerita, akhirnya saya mengetahui status saya dan ketika itu amat sukar untuk menerima kenyataan itu. Saya ingat ini adalah pengakhiran hidup saya, ianya bukan -tetapi ia sememangnya pengakhiran babak-babak lama. 

Permulaan 
Selepas kita menerima berita ini, cara kita bertindak adalah berbeza tetapi saya percaya perasaan yang sama antara kita adalah "penyesalan". Akan ada banyak pemikiran seperti "..aku patut buat macam ni.. aku tak patut buat macam tu dulu" dan ini terus memberi tekanan yang hebat kepada kita sehingga kita tidak mampu untuk melihat sinar harapan dan hikmah di sebaliknya. 

Akan ada yang terus menumpukan perhatian terhadap perjalanan spiritual dengan meminta keampunan dan kasih sayang dari Tuhan. Ada yang akan terus membaca untuk mencari-cari penawar dan cara untuk menghilangkan perasaan ini. Ada yang mengumpul kekuatan dari "keluarga baru", dan teman rapat. Dan ada juga yang tidak boleh menerima keadaan dan kehidupan baru ini. 

Ya, tindakan kita berbeza. Tak kira lah apa pendekatan yang diambil, saya berharap kita boleh bersetuju untuk menerima keadaan ini dengan menimba ilmu, membantu dan memberi inspirasi kepada orang lain, serta memujuk hati ini yang semua nya akan menjadi baik (dengan keizinan Tuhan). 

Kamu sangat berharga, disayangi dan akan disayangi -dan kamu tidak berseorangan.