Saturday, December 7, 2013

Love Your Enemy. "HIV Is Nothing"

"In the moment when I truly understand my enemy, understand him well enough to defeat him, then in that very moment I also love him" by Orson Scott Card, Author of Ender's Game Novel

Prior to my diagnosis, I did not give much attention to issues like homeless people, drug addicts, and people living with HIV. I was aware with these issues but could not care less to, at least, be bothered. In fact, in many occasions, I have been invited to join the programs but I just let them passed by ears. 


Last month, I was invited to join the "Gema Jalanan, Street Musical" program (organized by Persatuan Amal Firdausi, PAFI). It was held on 9th November 2013, at Masjid Jamek Mosque -full with religious and spiritual performances, and discussions on issues of homeless people, drug addicts, and people living with HIV. Before I came to the program, I was being skeptical. I did not know how far I could contribute, in fact I was a bit clueless. So, I have been given the job to take photographs, and I spent the entire day pondering and reflecting myself! -through the photos and God-given eyes.

I witnessed myself -these people, they came from variety of ages, religions, colors, and characters. They waited for free foods, with warm smiles. Their clothes and faces - I can feel that they don't want to be there, but they have to. How difficult life must be for them, struggling everyday for basic things in life (foods, care and love), and I think, we are too, right? Now, the way I look at the world has changed. Homeless people, and drug addicts are my, and your people too -who share and breathe the same air with me and I must give something back. This program has opened my eyes, and broadened my mind. Because of this little creature in my blood -I became sensitive to these issues, it draws me closer to what I have ignored before -and that's when I started to begin loving this little "gift" slowly. Have I not been tested with this, I would still ignore them, walk with my chin up and would not try to be close to them. (Thanks to Ender's Game famous quote I wrote up there -hope you can see how it relates)

Being a newbie in this area, I believe, my journey is at early stage. I have not experienced the real situation of being stigmatized, badly judged, but to be fair, God has arranged my journey (and yours too I reckon) so beautifully that I could share and feel the pain from others and most importantly, learn from them. I believe, in few years to come, I will learn many positive things and will eventually accept the "HIV is actually nothing" premise. 

With love,
Raphael. Z
Email : newsoulandlife@gmail.com


"Ketika aku betul-betul faham tentang musuh aku, faham dengan sebenarnya untuk mengalahkannya, pada ketika itu, aku turut menyayangi dan menghargainya" oleh Orson Scott Card, Penulis Novel "Ender's Game"

Sebelum diagnosis, saya tidak pernah ambil berat dengan isu-isu gelandangan, penagih dadah, dan mereka yang hidup dengan HIV. Saya sedar sebenarnya dengan isu-isu ini, tapi tidak pernah nak ambil berat. Banyak kali juga saya dijemput untuk menyertai program-program yang berkaitan, tetapi saya buat pekak sahaja. Bulan lepas, saya dijemput untuk menyertai program "Gema Jalanan, Street Musical" (yang dianjurkan oleh Persatuan Amal Firdausi, PAFI). Ianya berlangsung pada 9 November 2013 di Masjid Jamek, satu majlis yang penuh dengan persembahan dan aktiviti keagamaan, perbincangan tentang isu-isu gelandangan, penagih dadah dan mereka yang hidup dengan HIV.

Sebelum saya datang ke program tersebut, saya berasa was-was. Saya tidak tahu apa yang saya boleh sumbangkan, malah saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Jadi, saya diberikan tugas untuk mengambil gambar -sepanjang hari, saya melihat dalam-dalam, dan bermuhasabah -melalui gambar-gambar yang saya ambil, dan dengan mata pemberian Allah.

Saya melihat dengan sendiri -mereka datang dari pelbagai umur, agama, warna kulit dan karakter. Mereka menunggu makanan percuma dengan senyuman yang saya tak boleh lupakan. Pakaian mereka, wajah-wajah mereka -saya boleh tahu yang mereka tidak mahu berada di situ, tetapi mereka perlu juga berada di situ. Betapa susahnya kehidupan mereka, bertarung setiap hari untuk perkara-perkara asas dalam kehidupan (makanan, jagaan dan kasih sayang), dan saya rasa, kita sendiri pun bertarung untuk perkara itu kan? Sekarang, cara saya melihat dunia telah berubah. Golongan gelandangan dan penagih dadah adalah sama dengan saya -berkongsi dan bernafas dengan udara yang sama, dan saya perlu memberikan sesuatu kembali. Program ini telah membuka mata saya, dan meluaskan cara saya berfikir. Kerana makhluk kecil di dalam darah ini -saya menjadi sensitif dengan isu-isu ini, ia membawa saya lebih rapat kepada perkara-perkara yang telah saya abaikan sebelum ini -dan ketika inilah saya telah mula untuk menyayangi "hadiah kecil" ini. Kalaulah saya tidak diuji, saya masih akan mengabaikan isu-isu mereka, berjalan dengan bongkak, dan tidak cuba untuk memahami mereka. 

Saya masih baru dalam arena ini, saya percaya, perjalanan saya masih terlalu muda. Saya tidak pernah lagi berhadapan dengan situasi teruk, tetapi, Allah telah mengatur perjalan hidup saya (dan kamu semua juga) dengan sangat cantik dan indah, untuk saya berkongsi dan merasai kesakitan dari manusia lain, dan yang pentingnya, belajar dari mereka. Saya percaya, beberapa tahun lagi, saya akan belajar banyak lagi perkara positif, dan akhirnya, boleh menerima premis "HIV tidak ada apa-apa sebenarnya"

Akan terus menulis,
Raphael. Z
Email : newsoulandlife@gmail.com






1 comment:

  1. Good post!

    Benar, bila diuji, ujian tu akn bt kita lebih berjiwa besar dan kdgkala dgn ujian itu Allah tunjuk sesuatu yg slama ni kita tak endah.

    Teruskan dgn niat krn allah..semua ini akn melahirkan kita yg baru

    ReplyDelete