Thursday, January 22, 2015

Pengalaman bersama Kayap

MAKLUMAT RINGKAS BERKENAAN KAYAP

It really is a painful experience to have this kayap, or dalam bahasa omputihnya dipanggil "shingles" or "herpes zoster". Saya tak pernah ambil tahu pasal kayap sebelum ini, and bila dah terkena atas batang hidung sendiri (literally atas batang hidung sendiri), baru saya tahu keperitannya. So for those yang sedang mengalaminya atau pernah mengalaminya, oh yes ... I feel you!

For fear of something unknown, obviously I did some reading. Basically most articles yang you guys jumpa bercakap benda yang sama. I am not going to repeat those scientific jargon, so I have summarised the facts for your easy reading:

1. "The bad guy" yang menyebabkan kayap ni, is the same guy yang menyebabkan chicken pox.
2. Bila kita dah terkena chicken pox dan bila kita dah sihat, please note that this "bad guy" does not disappear. Sebaliknya, ianya akan "tidur" or remains "inactive" dalam sel saraf kita. 
3. Faktor-faktor yang menyebabkan virus ini muncul kembali adalah stress, corak pemakanan yang tidak seimbang, keadaan cuaca yang melampau sejuk atau panas, dan apabila sistem imunisasi badan menjadi lemah.
4. Setelah virus ini kembali menjadi aktif, ada beberapa tempat yang menjadi kegemaran untuk virus ini memunculkan diri. Antaranya, bahagian pinggang, kaki, lengan, dan muka. 
5. Sekiranya terkena di bahagian muka (seperti saya yang malang ini), kena dapatkan pemantauan dan nasihat dari pakar mata sebab takut takut ianya menyerang mata yang membolehkan terjadinya kesan yang tidak diingini. 
6. Seboleh-bolehnya, dalam tempoh 72 jam (dalam 3 hari macam tu), dapatkan rawatan secepat mungkin. The key point is, the faster you get the treatment, the better. 
7. Ada 3 peringkat pertumbuhan kayap, seperti berikut : (a) kulit jadi kemerahan-merahan (b) Kemunculan gelembung-gelembung berair yang pedih dan gatal (c) Gelembung-gelembung tersebut akan pecah dan menjadi keruping kerak dan akan gugur sendiri.


MY EXPERIENCE

I got the symptoms on 05.01.2015 (seingat saya). Kayap yang saya dapat ni tumbuh di area hidung, spreading to my left eye and forehead sampai lah ke atas kepala -- semuanya terasa sakit bahagian kiri. Di bawah adalah simptom yang saya hadapi :

1. Permulannya, demam dan terasa lemah badan. 
2. Kemudian, belon belon kecil yang pedih dan gatal -- tumbuh di atas batang hidung ke muncung hidung.
3. Kayap tu tumbuh dari area hidung ke area kelopak mata ke area dahi kiri sampai ke atas kepala -- along the line ni rasa macam kena cucuk cucuk dengan jarum.
4. Mata kiri saya jadi berair, kemerahan-merahan, terasa macam ada benda tumbuh dan bergerak dekat kelopak mata and mata kiri saya jadi sensitif terhadap cahaya.
5. So, bayangkan muka jadi macam bengkak sebelah. Serious, terasa macam Two Face dalam citer Batman, cuma version kayap la. 

Pada mulanya, I thought it was just a normal eye infection ke, or jerawat yang terlebih pelik ke. However, when the pain became so unbearable, on 08.01.2015 saya gagahkan diri untuk berjumpa dengan doktor berdekatan dengan area rumah. So lepas tu doktor kata "This is shingles and it is common to people who live with HIV. Dont worry, I need you to see an eye specialist and get further examination there". So kena la menggagahkan diri jugak travel ke hospital and alhamdulillah, my case was examined by an eye specialist. Mata saya dititis dengan beberapa cecair untuk mengembangkan dan menguncupkan anak mata, stress pada anak mata juga disiasat, dan keseluruhan mata juga diperiksa dengan satu mesin khas. 

Finally, the doctor bagi satu ubat titis mata yang dinamakan "Zovirax Eye Ointment (Aciclovir)" untuk dititis pada mata kiri (5 kali sehari selama 2 minggu). At the same time, kena juga makan pill Aciclovir 800mg, 5 kali sehari selama 2 minggu. (Ini adalah ubat biasa doktor beri kalau terkena kayap). 

Alhamdulillah, selepas seminggu macam tu, kayap kayap degil tersebut sudah mula mengering dan menjadi parut. Dan hari ini 22.01.2015, doktor kata luka luka kayap tersebut telah mula sembuh, dan alhamdulillah mata kiri saya tak de apa apa yang pelik berlaku. Nasihat doktor, kayap ini boleh kembali lagi, so kena la jaga diri dan emosi betul-betul. 

MY ADVICE
1. DAPATKAN RAWATAN SECEPAT MUNGKIN. I remember the doctor cakap, kalau dah mula rasa tak best pada mana mana anggota badan, dah menjadi kemerahan-merahan and mula nak demam, terus jumpa doktor. Lagi awal uall dapatkan rawatan, lagi cepat uall boleh sembuh, In Sha Allah. Selamba je cakap dengan doktor "I think, I am beginning to get kayap la doktor", and habiskan ubat yang doktor bagi.  
2. JANGAN STRESS STRESS. I think this was my problem. Memang I was quite stress masa cuti semester. Assignment satu hal, nak catch up lagi subjek-subjek yang tak faham sebelum ni. So lepas ni, kalau dah rasa nak stress, cuba cari cara untuk handle stress tersebut. Menari-nari ke, menyanyi fefeeling artis dalam bilik ke, melukis ke dan seumpamanya. 
3. SABAR, TAKWA, IKHTIAR dan TAWAKKAL -- adalah resipi yang diajar oleh agama kalau kita sedang menghadapi masalah atau any penyakit pun. Always get back to Allah, jangan tinggal solat, and mintak banyak-banyak doa untuk diberikan penyembuhan dan kekuatan. 
4. RAWATAN ALTERNATIF - Gel Aloe Vera dikatakan dapat mengurangkan rasa panas dan gatal, dan kesan parut kayap. Saya bertanya sendiri dari veteran yang sudah terkena dan dari pengalaman saya sendiri, memang rasa macam betul. Rasa sejuk dan luka kayap jadi cepat mengecut selepas disapu gel aloe vera. Kalau boleh, beli yang asli 100% gel aloe vera dekat farmasi (yang takde tambah bahan kimia asing etc). In Sha Allah, tak salah bertawakal dengan benda benda semula jadi macam ni. 

That is all for now. Walaupun kayap ni bukan satu perkara yang serious sangat, but jangan diambil mudah, especially kalau terkena dekat muka dan mata.

Assalam, dan akan terus menulis,
Raphael. Z
email : newsoulandlife@gmail.com




4 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya doakan semoga Raphael sentiasa diberikan kesihatan yg baik oleh Allah swt. Jaga diri di tempat org yer. Belajar rajin2 tapi jgn stres2 ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous : Terima kasih ye :-) Mohon didoakan semuanya berjalan lancar, sentiasa dalam jagaan Allah, dan boleh pulang semula dengan selamat :-) Amin ~

      Delete
  2. Rock London babeyhhh. May Allah be with you always....

    ReplyDelete